Monday, December 21, 2009

Kerajaan PAS Kedah Buat Apa?

Hampir 2 tahun selepas kemenangan Pakatan Rakyat Kedah yang diterajui oleh PAS nampaknya tiada apa perubahan yang berlaku secara radikal.

Segala manifesto semasa pilihanraya ke 12 nampaknya belum ada yang ditunaikan,paling mudah tentang bayaran 'parking' kereta yang hendak dimansuhkan belum lagi dimansuhkan , cuma ditukar kepada kontraktor lain yang pro kepada mereka.

Tiada perkembangan dari segi ekonomi dan pelaburan asing , cuma retorik cerita mengenai ada pelabur asing yang AKAN datang dan cerita mengenai pusat penapis minyak di Sg Limau , setakat tandatangan MOu saja tapi belum lihat apa-apa perkembangan

Segala pembangunan diperingkat kampung dan bandar datangnya daripada peruntukan kerajaan persekutuan

Mungkin tiada dana daripada kerajaan negeri atau buat tak tau saja atau tak tau nak cari dana sendiri.

Itulah kerajaan Negeri yang ada sekarang.

No comments:

Post a Comment